This is a reply to Mr A who just left a message in the chatbox in my blog saying that i am unable to write in Bahasa Melayu. To prove that he is wrong then this is a reply in Bahasa Melayu to Mr A.
Kepada Mr A.
Terima kasih kerana meninggalkan pesanan atau `message' di dalam `chatbox' saya. Untuk melabelkan saya sebagai tidak mampu menulis di dalam bahasa Melayu hanya kerana blog saya ditulis dalam bahasa Inggeris adalah tidak berasas tanpa menanya saya terlebih dahulu.
1. Tujuan saya menulis didalam bahasa Inggeris di dalam blog ini kerana saya mahu ia menjadi blog yang boleh difahami oleh semua bangsa di seluruh dunia, termasuk juga bangsa Melayu yang memahami bahasa Inggeris.
2. Seperti juga buku, ada sesetengah buku ditulis dalam bahasa Inggeris kerana ia mahu difahami dalam bahasa Inggeris. Jika ditulis dalam bahasa Melayu kerana mahu difahami di dalam bahasa Melayu. Samalah juga dengan blog saya ini.
3. Tidak mungkin ada bangsa Melayu yang tinggal di bumi Malaysia ini tidak tahu menulis atau sekurang-kurangnya bercakap didalam bahasa Melayu jika ibubapanya Melayu. Setinggi mana pun seseorang itu belajar di dalam Bahasa Inggeris dia tetap akan boleh bercakap didalam bahasa Melayu. Dia akan tetap menjadi orang Melayu melainkan dia sendiri yang tak nak jadi orang Melayu.
Dengan `post' yang ditulis dalam bahasa Melayu ini sudah membuktikan yang tanggapan Mr A terhadap saya adalah salah sama sekali.
With this post written in Bahasa Melayu shows that I can write in both languages and Mr A is wrong about me.
p/s : kepada semua diluar sana, belajarlah bahasa asing kerana ia adalah satu kelebihan, jangan hadkan diri anda.
No comments:
Post a Comment